Pages

kentang here!

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
A part of being a khalifah-daughter-prefect-student-sister-aunt-tutor-motivator-mother ? ehhh wife punn blom lagi..acaner..tutor..motivator temberang sume tuu..

resepi

ahah ! aku sukaa memasakkk . lebih kepada baking sebenarnya. aku suka sangat sangat decorate kek ke, buat biskut ke, ape ape jelah yang ada kaitan dengan baking. tapi tak kan laa nak makan kek setiap hari ye tak? so , aku kene jugak paksa diri untuk meminati bidang masakan yang memerlukan aku bersauna di depan dapur gas sambil mengacau sup ayam yang sedang menggelegak.
one more thing, aku sush ingat sikit bab bab resepi ni, so kadang kadang aku tak ingat apa yang kena letak dalam makanan tu. so dekat sini laa aku letak segala nenek datuk punya resepi yang aku ada.





Pizza yang sedap di alam semesta

Bahan2 kulit pizza...
  • 500g tepung gandum
  • 1 sudu teh gula
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu besar majerin
  • 1 cawan air suam
  • minyak masak secukupnya..

Cara2...
  1. campur semua bahan.uli sehingga lembut.
  2. biarkan selama 5 -10 minit.tunggu sehingga doh kembang ckit..
  3. selepas 5 - 10 minit,,uli lagi...
  4. buat doh bulat2 dan leper.. 

Bahan2 inti pizza...

  • isi ayam ( dipotong dadu )
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji capsicum kecil
  • nanas
  • cendawan butang
  • tomato
  • hirisan keju
  • minyak masak
  • cili sos
  • garam secukupnya
Cara2 buat sos pizza...
  1. panaskan minyak..
  2. tumis bawar besar dan bawang putih..
  3. masukkan ayam, garam, dan sos
  4. sapukan sos di atas doh pizza yg sudah dibulatkan tadi..
  5. bahan2 lain untuk sos seperti nanas dan capsicum ditaburkan di atas pizza..


~SELAMAT MENCUBA ~







aiskrim goreng

ni haa makcik yg jarang masak ni nk share resepi.

bahan : 
  • aiskrim sudah pasti..amik laa perisa apa pun..
  • roti segi empat.. alaa.. yg gardenia~~sungguh enak dimakan begitu saja~~
  • mangkuk bagai..yelaa.. nk letak barang nanti ;) 
cara :
korang amik sekeping roti. korang letak aiskrim kt tengah2.pastu, amik lagi sekeping roti, letak atas.cam nk wt sandwich. then, korang ketipkan kt bahagian tepi.. supaya x tebukak. better, yg bhagian coklat yg keras2 kt tepi tuu buang.baru sedap.
pastu simpan dalam peti sejuk japp..
pastu goreng. goreng kejap je. woi 2! sampai roti tu perang2 da bole angkat woi !
psastu..makan le..ape lagi..sedap ? meh laa sini ckett..
*sori x de gambo..kelas memasak ni x efficient kn ? hmm..




Tart telur sekali makan tak boleh berhenti



Haritu aku ada buat tart telur. adik yang request sebenarnya. aku pun bukan lah tahu sangat. tapi nak berlagak terer lah katakan, aku cakp je la

"okay. akak buat nanti"

tapi cara nak buat pun aku tak tahu sebenarnya. HAHAHAHAHA *gelak sambil nangis*

tapi aku try jelah.

aku pun buat. dan buat. teruskan buat.

kulit tart tu dah cantik dah. tapi malangnya bancuhan inti tu aku lupa letak air. HAHAHAHA !
so terciptalah satu tart baru. iaitu TART TELUR GORENG !

perghh, siyes macam telur goreng inti tart tu. nak makan pun takut.
tapi aku tak putus asa. aku cuba lagi. adik aku cakap

"akak nak cuba lagi ke? hmm " *melarikan diri
aku pun tak tau dah kenapa dia tuu 

so ini lah resepi sebenar benar benarnya

Bahan bahan kulit pastry :

1 buku butter ( aku guna buttercup)
400 gram tepung gandum 
4 sudu kecil gula halus (kalau nak guna gula biasa, blend dulu ye)

Cara buat kulit pastry :
mudah sangat cara dia. letak semua bahan dalam mangkuk. lepas tu ramas guna hujung jari. sampai tak melekat. kalau rasa melekat lagi, boleh tambah tepung, tapi selalunya resepi ni dah cukup cukup dah tepung tu. lepas tu boleh lah buat pastry guna acuan pastry.

Next, buat inti nya pulak

Bahan bahan inti :
4 biji telur (aku guna gred A)
140 gram gula
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan AIR (JANGAN TERUPA)

Cara cara :
masak air dengan gula hingga hancur diatas api yang sederhana. asal suam suam pun okay la.
pukul telu di dalam bekas berlainan.
last sekali, masukkan air gula suam suam tu ke dalam bekas telur tadi. lepas tu masuk kan susu.

tuang inti ke dalam acuan yang dah letak pastry tadi tu. kalau aku, aku tak bakar dulu pun kulit pastry nya. sedap nye sama jugak.

lepas dah tuang, boleh lah bakar. aku guna suhu rendah je. 150C camtu. supaya senang nak kawal. hehe

lepas tu, boleh makan yeayy !


pergghh. tengok gambar pun boleh terliur.

selamat mencuba (^_^)/




background blog