Pages

kentang here!

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
A part of being a khalifah-daughter-prefect-student-sister-aunt-tutor-motivator-mother ? ehhh wife punn blom lagi..acaner..tutor..motivator temberang sume tuu..

Friday, May 6, 2016

Kuih Bangkit Untuk Dijual

hye uolls

aku sebenarnya ada jual bangkit (baca : bangkit murah). yela, kuih bangkit ni kegemaran setiap lapisan masyarakat tauu. budak kecik, orang tua, orang patah gigi semalam, semua boleh makan.

bangkit cheese

pecahan bangkit cheese. perggh 


biskut ni homemade. aku ambik dari johor. dekat hometown lah kiranya. so sape sape yang berkenan nak order, boleh leave a comment ke, ape ke, emel pun boleh. mun.azis@gmail.com

aku berada di kawasan kajang. selalunya memang orang self pickup. tapi kalau nak cod pun boleh. tapi ada kos penghantaran. nak beli secara runcit atau belian borong pun boleh. tak kisah. mana mana.

biskut bangkit ni bukan ada pada musim perayaan je. hari hari boleh order. korang boleh la buat untuk kudap kudap ke, minum petang, sarapan pagi, bekal anak sekolah ke, majlis majlis ke, goodies ke. ape ape je. macam macam boleh.

bangkit santan

pecahan bangkit santan


beli borong ? lagi bagus ! sebab beli borong ni aku tak ambik banyak untung pun. (beli runcit pun aku tak ambik untung banyak).

banyak kelebihan jual biskut bangkit ni.

1. bangkit boleh dinikmati bila bila masa sahaja
2. mudah disimpan. kalau korang banyak stok tu sebab beli borong. tak payah susah susah nak simpan dalam peti ais ke, peti emas ke. bangkit ni sesuai diletakkan di room temperature.
3. tahan lama. selalu bangkit ni tahan sampai 10++ bulan. tak rosak pun. sebab dia kuih kering kan. so susah sikit nak kulat ke, ape ke. so kiranya kalau korang beli banyak. tak payah risau takut stok rosak.
4. sedap. yess sangat sedap.

so apa lagi. jangan lupa order ye. ade pertanyaan or anything. just leave a comment ye. kalau nak lagi cepat, emel aku. emel aku aktif 24jam kat handphone. so i'll try to reply faster :)

jangan risau. aku bukan jual bangkit dalam piring. nak tengok details harga, jenis bangkit, packaging, kuantiti semua boleh pergi ke tab SELLING tu yee. thank you.

*applause*

macam bagi ucapan pulak hmm.

Dulu Aku Ingat

Hye awak.

awak.

ye awak.




ade tisu kat tepi hidung.

tipu je.


lama betul tak sambung blogging. alasan orang kalau tak ber-blog tu mesti emm busy la, tak de masa la, tak sempat la. tapi sebenarnya kan, korang malas kan. kannn. jangan nak tipu lah. aku pun camtu. theeheee.

bukan apa, kadang kadang tak tau nak taip apa. tak ada idea. mungkin waktu itu otak aku sedang pergi travelling ke mana mana. tu yang tak dapat nak berfikir sangat. sangat ye. bukan tak berfikir langsung.

so, harini aku nak share la pasal dulu dulu.

1. dulu aku ingat, kalau orang guna mesin fax, kertas tu masuk melalui wayar tu then tembus terkeluar kat recipient dia.

 Tuzki Bunny Emoticon

2. dulu aku ingat, orang yang ada dalam tv tu (pembaca berita, pelakon, pengacara etc), memang duduk dalam tv. belakang tv tu. yelaa, dulu kan tv gemuk gemuk, skarang tv dah nipis, mungkin semua orang dah pindah.

Tuzki Bunny Emoticon

3. dulu aku ingat, kalau tertelan biji rambutan, boleh tumbuh pokok dalam perut. semenjak aku belajar tumbuhan memerlukan proses fotosintesis, baru aku sedar apa yang aku fikir tu nonsense. lain lah kalau dalam perut orang tu ada matahari. mungkin termakan kuaci matahari ?

4. ni lagi teruk. dulu aku ingat, selipar jepun diperbuat daripada chewing gum. sebab tu lah aku tak makan chewing gum. dulu. sekarang belasah je. patutla makin lama selipar korang makin haus. korang kunyah sepanjang perjalanan ye ?

Tuzki Bunny Emoticon

5. dulu aku ingat, siapa tak ada duit, pergi je kat mesin atm tu. tekan je berapa kita nak, keluarlah duit tu nanti. sedih sebab benda ni tak jadi kenyataan pun.

Tuzki Bunny Emoticon

okeh. tu je la yang aku ingat. yang lain tak ingat. haha
korang ingat ape ? meh la share :)

jangan lupa komen.
from luv,
seseorang yang dah sedar diri bahawa kehidupan bukan semudah yang disangka.

Sunday, October 11, 2015

Praktikal? oh no!

Seriously praktikal memang penat !

Guess why?

Sebab kerja nya menimbun nimbun tetapi elaun sebesar cucu buah ceri je ! *rolling eyes*
*still glad sebab dapat elaun*

Biasalaa kan, dah nama nya masih study, of coz laa praktikal tu pun nampak macam study jugak. So supposely tak payah ada elaun pun tak apa kan.

Baiknya aku berkata begitu.hmm.

Well, aku praktikal kat government je. What ! government ? ewww bukan buat ape pun! Takat bancuh kopi je. Tak pun jadi despatch boy. Opps girl.

Please eh. Cakap tu biar berlesen sikit . dulu pun aku ingat praktikal kat government ni tak ada kerja sangat. so dapat lah rilex rilex je. Ye, memang tu matlamat aku kah kah kah. Tak berwawasan sungguh.  Yela, study punya laa penat. Bagi can laa nak rilex rilex sikit ye dop.

Memandangkan aku budak it, aku kena lah buat satu sistem. Kalau sistem cikai cikai tak pe lah jugak. Ini sistem besar punya gua cakap lu. Bikin gua menangis keluar air mata lemon. Perit woo.

Then, apa lagi aku buat ?

Tekan suis pintu

Haa ni memang feveret aku. Memandangkan nak masuk department it ni kena ada fingerprint access, so siapa siapa dari deparment lain haruslah menekan loceng untuk masuk ke department it sebab tak ada fingerprint access. So bila orang tekan loceng pintu je, aku kena tekan laa suis tu supaya lock pintu terbukak. Kerja ni mencabar beb. Sebab apa, kalau tetiba korang dengar ada orang tekan loceng pintu, then korang pun tekan laa suis lock pintu. Suddenly korang realize tak ada orang pun kat pintu tu. mau bergetar tulang rusuk beb.

Fotostate

Tipu laa kalau intern kat government tak kena fotostate. Slalu orang cakap, kalau intern kat government, mesin fotostate tu dah sebati dalam hidup kau sampaikan mesin fotostate tu pun dah tau kedudukan jerawat muka kau tu kat mana sebab hari hari hadap. Tapi aku tak hari hari laa.so mesin tu tak tau lagi jerawat aku tu kat mana.

Hantar surat

Haa ni pun feveret aku. Sebab aku cepat bosan kalau duduk dekat ofis je. Nak buat sistem tu memang kena hadap laptop 24 jam. Muka pun dah macam laptop. So bila ada peluang untuk anta surat ke department lain. Akanku gunakan peluang tu dengan sebaiknya. Aku akan cari jalan yang paling jauh untuk sampai ke department tu. so dapatla aku meronda ronda. Nasib baik la akak ofis tu tak tanya kenapa aku lama sangat hantar surat *evil face*

Angkat telefon

Haa aku akan buat kerja ni bila dalam ofis tinggal aku sorang je. Means memang tak ada orang lain dah nak angkat telefon. Mostly diorang pergi meeting laa. So sape sape yang kol tu, aku bagitau je lah orang yang berkenaan tu tak ada. Habis cerita. Pernah sekali, orang yang berkenaan tu ada, tapi aku cakap tak ada. Haa kecut perut bila orang yang berkenaan tu tanya ada sape sape cari dia tak tadi. Haruslah aku jawab tak ada untuk menyelamatkan diri heheh.

So, nampak tak aku multi tasking di situ, sambil buat sistem boleh angkat telefon, tekan loceng pintu, fotostate and sort of. Cuma buat kopi je laa aku tak pernah buat. Baguslah kopi aku buat bukan sedap sangat pun.

Already 1 month intern. 3 month left. Semoga tabah.
Road to graduation. Yeay *clap clap*


Monday, February 9, 2015

i'm turns 22

Haa ko tengok ko tengok.. ini lahh contoh blogger yang tak berdedikasi dalam menyampaikan cerita nya di blog.  Mane tak nye da nak setahun tak hapdate. Nasib nasib ingat je url nye ko tahu. Kalo tak, mati di telan arus modenisasi laa blog nih.

Hi blog. *bersihkan sawang

Well, bukan x nak update, keinginan selalu ada di sanubari tapi masa tak mengizinkan ececece bajet busy jee sampai nak hapdate pun tak bole. Kalo main game berjam jam, baking di dapur berjam jam, tengok tv sampai berkerak biji mata bole pulak. Hmm..

Back to the topic ! yeahh and yess im turns 22 ! im getting old..
* terus beli safi rania gold stock setahun

8 Febuary is my birthday.thanks for those who wish and for those who remember my birthday but forgot to wish. Ade ke orang macam tu ? ade. My father.

Pukul 11 pagi
Father : ehh arini beday ko yee mun?
Me : *mata berapi. Almost change to super goku.
Father : ayah tau beday ko 8 febuary tapi ayah tak tahu arini 8 febuary. Ayah kan mane laa ingat   sangat tarikh2 nie, happy birthday laa ye. Jomm ayah belanje roti canai kosong ngan limau suam.
Me : tq ayah.

Aikk belanja canai kosong ngan limau suam suam kuku je ? yess and that’s my father. Korg jangan nak mengata -_-“

Thank you to my mum coz lahirkan saya di dunia ini. Tanpa ibu, tiada saya di dunia ini.
*Soundtrack lagu ibu berdendang
*lap air mata

Tapi.. sebenarnye aku harapkan ade seseorang lagi wish beday aku. Someone special perhaps. Jauh di mata dekat di hati. Tapi tak tahu lahh kan dia anggap kita someone special ke tak hmm. Malangnye dia tak wish. Busy dengan kerja dia kot.  Sobss sedihnye lahai hati ini. Berkecai kecai bagai di hempap batu. luka nya bagai dihiris sembilu. Pedihnye bagai ditabur garam di luka. Knowing that im not his special maybe.. bawak diri je lahh.

Aku tak mengerti apa yang kurasa
Rindu yang tak pernah begitu hebatnya
Aku mencintaimu lebih dari yang kau tahu
Meski kau takkan pernah tahu

Telah kupersembahkan hidupku untukmu
Telah kurelakan hatiku padamu
Namun kau masih bisu diam seribu bahasa
Dan hati kecilku bicara ...

Baru kusadari
Cintaku bertepuk sebelah tangan
Kau buat remuk sluruh hatiku

Semoga waktu akan mengilhami sisi hatimu yang beku
Semoga akan ada keajaiban hingga akhirnya kaupun mau
Aku mencintaimu lebih dari yang kau tahu
Mungkin kau takkan pernah tau

Baru kusadari
Cintaku bertepuk sebelah tangan
Kau buat remuk sluruh hatiku…
Awak. Kalau awak baca ini. Harap tersentuh ye. *lap air mata
Dah. Life must move on. Jangan dikenang kisah lalu.


Yang ikhlas,
Saya insan biasa



Friday, February 21, 2014

Ciri - ciri seseorang melalui cara makan


Aritu aku pegi restoran . makan nasi kandar . oww yupp aku sangatt sukaaaa makan nasi kandar . lagi lagi kuah campur . sedapnyaaaa . . selalu aku pergi dekat area putrajaya .

then tibalah masa untuk makan . aku terfikir fikir . nak makan pakai sudu ke ? tapi aku amik lauk sotong . sotong tu da laa liat semacam . . nanti ade jugak sotong aku terbang ke australia . tapi kalo nak makan pakai tangan , rempah kari nyaa kuat dan akan meninggalkan kesan di tangan ku . .bukan apa. . lepas ni nak pergi rumah saudara . . kang time bersalam ada pulak tercium bau kari kang . ke makan nasi kandar pakai chopstick ?? gila.

aku pun tengok kiri kanan . ada yang pakai tangan . konpem pastu diorang x singgah rumah sedare , tu yang berani mati makan pakai tangan tuu . . ade jugak makan pakai sudu  . . sebab tak makan sotong agaknyee. .
pakai chopstick ?  ohh ada ada . .tapi dia makan mi kari . kalo dia makan nasi kandar pakai chopstick , aku pergi hulur sudu kat dia .


1. makan pakai sudu

  orang makan pakai sudu nie bole sesuaikan diri di mana sahaja . kalo dah namenye nak pergi dinner , tapi makan chicken chop pakai tangan tak ke pelik namenyee tuu . mostly kat mana mana punn orang makan pakai sudu .  makan pun ada tatacara tauu . selain itu , dia juga mempunyai ciri ciri sukakan benda yang berwarna perak . kehkeh . jarang aku tengok sudu disadur emas . kalo ada kat restoran , konpem kena curik tuu .




2. makan pakai chopstick

  haa orang makan pakai chopstick memang aku respect gila . bukan senang nak makan pakai chopstick ni . sampai menggigil tangan nak sepit seketul udang dalam pinggan . silap silap 2 jam baru abis makan . tak pun hirup jee mi kari tuu sampai habis . fedup sangat makan pakai chopstick . so , ciri ciri orang yang makan pakai chopstick ni suka akan cabaran dan mempunyai keyakinan yang tinggi . rasa tercabar beb makan pakai chopstick . konon ala ala korea gitu pegi makan kimchi kat seoul garden guna chopstick . haa amek kau , terus tergolek kimchi kat bawah meja . tapi selalunya orang yang memang pro ja akan guna chopstick . kalau rasa  baru nak try try tu , try kat rumah laa . at least kalo cekut mee goreng pastu terburai atas meja sebab chopstick terlepas , takde laa cctv nak rakam .ngeh ngeh .



3. makan pakai tangan kanan

  haa tangan kanan tau . kalau pakai tangan kiri lain pulak cerita nyaa kang . kalo ada rasa masin sebab guna tangan kiri ketika makan , jangan tanya aku kenapa =.="
orang makan pakai tangan ni mempunyai ciri ciri melayu .dari zaman dulu lagi datuk moyang memang selalu makan pakai tangan . and mostly time makan nasi . kalo makan bubur kacang hijau pakai tangan tu pelik namanya . nak nak bubur kacang tu masih panas berwap wap . mau tak bengkak tangan . orang makan pakai tangan jugak mempunyai ciri ciri bersedia dalam apa jua keadaan . yelaa kot kot tekpaksa makan dalam hutan , mana ada sudu or chopstick . dan tangan tak kan tertinggal kat mana mana kalau nak pakai time makan . ni takkk , kadang kadang nak pergi picnic tapi terlupa pulak nak bawak sudu . da laa bawak bekal bubur kacang  . . da tak bole makan . tapi kalo anda dah terbiasa makan pakai tangan , gerenti jalan jee makan bubur kacang tuu pakai tangan . *mengarut






hmm cuti dah nak habis . tak lama lagi dah mula kuliah ..... *baling bantal ke dinding

sayang semua^^

Saturday, February 15, 2014

result jatuh gaung

well . well .
aritu result exam baru keluar.

waktu zaman batu . . aku puas hati dengan result aku. tak de laa bagus sangat. tapi boleh laa nak pegi menghadap dekan amik anugerah.




gile tak gembira ? of coz laa gembira . tu laa gpa paling tinggi pernah aku dapat. terketar ketar biji mata tenung exam slip. kot kot la salah tengok.




tapi naik sem seterusnya . . .  pelajaran semakin tegap (tough). aku masih gigihkan usaha . masih mampu bertahan . alhamdullilah. walaupun result hampir jatuh gaung , masih dapat menghadap dekan untuk amik anugerah . tapi time tu result tu cukup makan je . dan aku tanam azam yang kononnye separuh mati akan tingkatkan prestasi.


oh tidak. . . ketakutan menjadi kenyataan . sem seterusnya result aku betul betul sudah jatuh gaung . dah tak dapat nak menghadap dekan amik anugerah . isk isk. sedih. nanges sambil tadah air mata dalam baldi buat basuh kereta.




hmmph . tak ada masa untuk bercengkerama dengan kesedihan . masa untuk bertindak . usaha untuk menyelamatkan result kembali . akan diusahakan bersungguh sungguh. bersatu kita teguh , bercerai kita roboh . eh ?


sayang semua.

Thursday, February 13, 2014

Ayam ke daging ?

"mak jomm gi tesco.. boring lahh . kita shopping sayur nak ? untuk masak lauk esok.. "
ciri ciri suri rumah solehah hope- to - be sudah terpancar bersinar.

" haa jomm laa"

rentetan cerita
naek kereta proton wira warna hijau -> sampai tesco,parking -> shopping shopping -> on de wey turun eskalator

"malam ni makan apa mun ? "
" emm mun tak kisah.. mun makan je ape ape"
ciri ciri anak setia tak cerewet yang memang sudah lama terpancar. kuat makan memang camni. hahahaha(gelak besar angkat kening)

"kita makan kfc je laa mun"
" okay "
haa ni tak bole tahan . kalo dah kata kfc , tiada kata kata " tak jadilah mun " harus dikeluarkan dari mulut.

"jap mak nak kol abang "
"eh , buat ape nak kol abang ?
" nak tanya abang nak makan apa.. "
" owhhh " cis. ingat aku ngan ayam kfc je berdating. rupa rupanya abang aku potong line.

tutt tutt ( bukan mencarut , bunyi line kol abang kat phone mak )
abang dengan suara ngantok nya. " haa mak  ? "
amboi . x bole ke... " assalamualaikum ke hadapan bonda yang ku sayangi . ada apakah telefon anakanda ? "
haa kann sedap gitu . em , x mungkin terjadi -__-
aku pun same je.

" nak makan ape ? snack plate? dinner plate?"
"ke nak bun kfc 2 ketul je ? " aku menyampuk. heh. harus tu. harus.
" emm abang nak burger "
"okay . nak ayam ke daging ? "


ayam ke daging ?... ayam ke daging ?.... ayam ke daging ?...... *bergema di telinga ku.

aik???? sejak bila kfc ada tanya... " cik nak burger ayam ke daging? "
ngehehehe mak nie ada ada je..
terus bisik kat telinga mak ,
 " mak , kfc ade burger ayam je. daging tarak . kalo burger ikan tu ade laa jugak.. tp orang yang beli suam suam kuku je "

"owh ? mak terlupa pulak ".


sayang semua ^^,

background blog