Pages

kentang here!

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
A part of being a khalifah-daughter-prefect-student-sister-aunt-tutor-motivator-mother ? ehhh wife punn blom lagi..acaner..tutor..motivator temberang sume tuu..

Friday, May 6, 2016

Dulu Aku Ingat

Hye awak.

awak.

ye awak.




ade tisu kat tepi hidung.

tipu je.


lama betul tak sambung blogging. alasan orang kalau tak ber-blog tu mesti emm busy la, tak de masa la, tak sempat la. tapi sebenarnya kan, korang malas kan. kannn. jangan nak tipu lah. aku pun camtu. theeheee.

bukan apa, kadang kadang tak tau nak taip apa. tak ada idea. mungkin waktu itu otak aku sedang pergi travelling ke mana mana. tu yang tak dapat nak berfikir sangat. sangat ye. bukan tak berfikir langsung.

so, harini aku nak share la pasal dulu dulu.

1. dulu aku ingat, kalau orang guna mesin fax, kertas tu masuk melalui wayar tu then tembus terkeluar kat recipient dia.

 Tuzki Bunny Emoticon

2. dulu aku ingat, orang yang ada dalam tv tu (pembaca berita, pelakon, pengacara etc), memang duduk dalam tv. belakang tv tu. yelaa, dulu kan tv gemuk gemuk, skarang tv dah nipis, mungkin semua orang dah pindah.

Tuzki Bunny Emoticon

3. dulu aku ingat, kalau tertelan biji rambutan, boleh tumbuh pokok dalam perut. semenjak aku belajar tumbuhan memerlukan proses fotosintesis, baru aku sedar apa yang aku fikir tu nonsense. lain lah kalau dalam perut orang tu ada matahari. mungkin termakan kuaci matahari ?

4. ni lagi teruk. dulu aku ingat, selipar jepun diperbuat daripada chewing gum. sebab tu lah aku tak makan chewing gum. dulu. sekarang belasah je. patutla makin lama selipar korang makin haus. korang kunyah sepanjang perjalanan ye ?

Tuzki Bunny Emoticon

5. dulu aku ingat, siapa tak ada duit, pergi je kat mesin atm tu. tekan je berapa kita nak, keluarlah duit tu nanti. sedih sebab benda ni tak jadi kenyataan pun.

Tuzki Bunny Emoticon

okeh. tu je la yang aku ingat. yang lain tak ingat. haha
korang ingat ape ? meh la share :)

jangan lupa komen.
from luv,
seseorang yang dah sedar diri bahawa kehidupan bukan semudah yang disangka.

No comments:

background blog