Pages

kentang here!

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
A part of being a khalifah-daughter-prefect-student-sister-aunt-tutor-motivator-mother ? ehhh wife punn blom lagi..acaner..tutor..motivator temberang sume tuu..

Tuesday, July 30, 2013

Biskut Tak Jadi Raya


Jam menunjukkan pukul 5 petang. Biasa lahh,, dah nama nya bulan Ramadhan, kol 5 petang je perut aku kriuk kriukk (bukan kriuk kriukk bawang goreng dalam paket me indo mee). Lantas otakku terpikir untuk membuat biskut yang mengandungi 50% kekacangtanahan iaitu biskut kacang. Maklumlah raya bakal menjenguk tiba.

(apekah kaitan perut kriuk dengan ingin membuat biskut kekacangan?)
                                                                         

Hmm.dengan semangatnya aku sukat kacang yang telah disangan dan dikisar halus mulus, tepung gandum dan gula.. semangat ni nak buat biskut raya. Biskut kacang ini khas untuk nenek di kampung. Teringin nak makan biskut kacang yang aku buat katanya.nahh.terus semangat aku menjawab

“ okay,, bro! nanti gua buat kan untuk bro” ciss. Sungguh kurang sopan speaking  dengan nenek begitu.

(ayat lakonan semata mata.dipetik dari drama yang belum tentu ada di kaca tv)

Then, semua bahan dah siap. tibalah masa menerap biskut.wahh.ini kerja paling seronok. Bentuk lah mengikut apa yang kamu suka. Tapi aku terap guna acuan bentuk bunga ja.. adakah nenek aku akan lalu makan kalau aku terap menggunakan acuan bentuk katak ? haram katanya. Katak hidup dua alam  dan tidak boleh dimakan.


Tiba masa untuk menggoreng merebus membakar biskut !! yeahhh ! ini kerja yang paling aku tidak suka. Bukan benci. Tapi tidak suka. (apakah lainnya antara itu ? ejaan )
Tengah syok syok bakar…. tetiba sinetron yang aku tidaklah terlalu gemar tetapi sentiasa mengikut perkembangan kehidupan mereka yang penuh pancaroba dan onak duri dalam daging sedang diputarkan di kaca televisyen plasma saiz 60 inci

(berangan ! padahal tv kotak 40 inci je ada kat rumah)

Jeng jeng jeng. Terhidu bau asap. Eh ? ada orang bakar sampah ke ? ke ada rumah terbakar ? ciss. Tidak menduga biskut ku yang terlebih sauna dalam spa oven.

Aiyooyyo ! hangus maa ! heh. Macam mana mau bagi nenek ? x apa lahh. Bagi saja. Janji bukan bentuk katak.

Ayah : biskut ko macam hangus jee

Me : ehh mana adaa.. memang macam ni laa

warna da perang kehitam hitaman x hangus apenyee.. da warna coklat gelap da biskut tu. Lepas ni kalo nak selamat, Letak pewarna koko. Kalo orang Tanya..

orang yang tertipu : hangus ke ?

me : mane ade. Kan aku letak pewarna koko tadi. Memanglaa warna dia gelap sikit.

Orang yang tertipu : owhh waa hebat jugak ko bakar biskut yee.

Me : sengih sambil mata terkebil kebil

(rasa bersalah menyelubungi hati. Akan minta maaf di pagi raya )



Nahh amik kau ! gambar biskut mungkin begitu tragis. Penonton kanak kanak dibawah 12 tahun perlukan dorongan dari ibu bapa.



Haa. Kasi zoom lagi. Baru jelas ternampak pori pori kecil, blackhead, jerawat atau lebih tepat sun burn yang ada pada biskut kacang selepas pergi ke sauna yang tidak mendapat kelulusan dari menteri kesihatan biskut sedunia.


Mungkin kah apabila orang menaip ‘biskut kacang hangus’ di pakcik google, akan keluar gambar biskut kacang aku?


Hmm, keep wondering.

3 comments:

dayot said...

haha memang tragis!

aindzaya said...

boleh makan lagi ni...tried to make perfect..tehee

mun said...

hehe.will be :)

background blog